Followers

Cari resepi di blog ini.

Thursday, January 28, 2010

Nasi Tomato

Bahan-bahan
1 cupak beras siam yang baik
2 camca besar minyak sapi
1/2 tin mentega
1/2 lb atau 1 tin kecil susu cair cap Peladang (masih adakah lagi susu cap ini?)
1/4 botol tomato botol buatan Amerika atau Libya (mungkin tomato sos)
3 inci panjangnya halia sebesar ibu tangan
1/2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2 inci panjangnya kulit kayu manis
3 pelepah daun saderi
1 botol kecil air mawar yang baik
1 camca teh aji-no-moto
garam secukup rasa
Cara membuatnya
1) Basuh beras bersih-bersih.
2) Hiris bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
3) Tumbuk halia sehingga lumat dan ambil perahan airnya sahaja.
4) Jerangkan periok, masukkan minyak sapi, setelah pijar masukkan mentega dan kacau rata. Tumis hirisan bawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis dan garam dan kacau rata.
5) Apabila bahan tumisan layu, masukkan air halia dan secupak air. Kemudian masukkan susu, aji-no-moto dan daun sadri dan biarkan mendidih.
6) Setelah mendidih masukkan tomato dan kacau rata, kemudian masukkan beras dan biarkan ia mendidih. Apabila nasi tersebut hampir kering masukkan air mawar, kacau rata kemudian ditutup periok. Biarkan selama 20 minit. Buka penutup, karis (kacau) nasi kemudian biarkan ia masak dan kering.

Wednesday, January 27, 2010

Masak Lemak Labu

Bahan-bahan ( 4 org makan )

1/2 biji labu - dikupas kulitnya dan dipotong kpd saiz yg sesuai (jgn terlalu kecik)
1/2 biji bawang besar - dimayang
1 biji cili merah - ditumbuk kasar
2 sudu besar ikan bilis (ditumbuk), boleh ganti dgn udang kering tp xpayah tumbuk
santan (kalau cair letak 1 cawan, kalau pekat letak 1/2 cawan)
garam secukup rasa
air secukupnya
sayur bayam/soo hoon

Cara-cara

Letakkan labu yg telah dipotong dgn bawang merah, cili dan ikan bilis ke dalam periuk.
Tambahkan air sehingga menenggelami labu. Kemudian, buka api.
Biar sampai labu menjadi agak lembut (cucuk dgn garfu).
Masukkan santan, garam secukup rasa. Tambahkan air jika mahu lebih kuah. Biarkan sehingga mendidih dan santan masak.
Akhir sekali, masukkan soo hoon atau bayam. Biar sekejap saja supaya tak terlampau lembik. Hidangkan.

Friday, January 22, 2010

Kuih Keria

Bahan-bahan ( 20 biji saiz comel2 )

    * 500gm ubi keledek putih
    * 1 cawan tepung gandum
    * Sedikit garam
    * 3 sudu besar gula dan sedikit air

Cara-cara

   1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
   2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
   3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
   4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
   5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
   6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
   7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
   8. Didihkan gula hingga pekat.
   9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  10. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  11. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  12. Jom kita makan.

Thursday, January 21, 2010

Apam Belanda



BAHAN-BAHAN:

250 ml susu cair
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
40 gm gula halus
Secubit garam
1 sudu kecil yis
2 biji telur
60 gm mentega (cair)

BAHAN ISIAN:
Cip coklat

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata (kecuali susu dan telur).
2. Kosongkan bahagian tengahnya dan tuangkan susu dan pecahkan telur.
3. Uli rata hingga sebati. Rehat­kan doh selama sejam. Tutup dengan kain.
4. Kemudian tuangkan mentega cair dan uli rata semula.
5. Panaskan cetakan (kuih cara ataupun baulu) dengan mentega.
6. Sudukan adunan dan isikan cip coklat ataupun apa saja isian kegemaran anda.
7. Tuang sedikit lagi adunan agar ia menutupi isiannya.
8. Bakar dalam ketuhar atau bakar atas api seperti membakar kuih cara.
9. Bila ia mengembang dan kuning, angkat.

Monday, January 18, 2010

Telur Bungkus

Bahan-bahan:
5 biji telur
200 gm daging lembu - direbus & di cincang (alternatively guna boneless chicken meat - tak perlu rebus)
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - di cincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang
1 sudu besar rempah ikan/nampla sauce/oyster sauce
2 sudu besar sup tomato (dimaksudkan di sini adalah sup as in sup dlm tin tu)
Sedikit garam & gula
Kalau suka pedas, guna cili padi, cincang halus.

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih, dan halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang.
2. Kemudian tambahkan sup tomato, garam dan perasa.
3. Akhir sekali masukkan sayuran campur (dan cili padi, kalau gunakan).
4. Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat.
5. Pukul telur hingga kembang.
6. Panaskan kuali dan goreng seperti membuat telur dadar.
7. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya di tengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar.
8. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur habis. Kalau ada kuali yang sangat lebar, buat sekali sahaja.

Resepi asli ikan singgang Terengganu

<< Ini adalah resepi dari orang pure terengganu .. thanks Yana! >>

Pandai2 la ko agak2 byk mana yer bahan2 kt bawah.
Ini resepi asli ikan singgang Terengganu.
Klu google, dah mcm2 versi aku rasa, kenkadang byk sgt aksesori. Bg aku tak best la

Bawang putih 2/3 ulas. Belah dua
Kunyit hidup – 1 inci. Belah 2 or 3.
Lenkuas – ½ inci. Belah 2 or 3. Jgn banyak sgt, jgn kurang sgt. Klu banyak sgt jadi pahit
Asam keeping – 2 atau 3 keping. Tgk size

Ikan belah 2. Plg esuai ikan tenggiri, tongkol, selar, ikan termenung (nama glamer dia apa ekk?)

Campak semua bahan2 + ikan masuk periuk ngan air. Letak gram + MSG. Boil until cook.
Ikan singang plg senang nak buat. Campak2 aje
Hidangkan bersama sambal belacan.. wahhhhhhhhh sedap!

Friday, January 15, 2010

Nasi Lemak

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

    * Bahan untuk nasi:-
    * @ 2 cawan beras
    * @ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
    * @ 1 helai daun pandan - disimpul
    * @ 3 hirisan halia
    * @ secubit garam
    * Bahan untuk sambal:-
    * * 6 sudu besar cili kering mesin
    * * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
    * * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
    * * 1 biji bawang besar -dihiris
    * * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
    * * sedikit air asam jawa
    * * sedikit belacan (jika suka)
    * * garam n gula
    * Bahan sampingan lain :-
    * Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara

   1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
   2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
   3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
   4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.

Thursday, January 14, 2010

Asam Pedas Melaka

Saiz hidangan : 2 orang
Bahan-bahan :
1) 3 ulas bawang merah (dikisar)
2) 5 ulas bawang putih (dikisar)
3) Sedikit halia (dikisar)
4) 2 ekor ikan pari bersaiz sederhana
5) 1 1/2 cawan cili giling
6) 3/4 cawan air asam
7) 1 camca garam
8) Penambah perisa (ajinomoto)

Cara-caranya :
1) Tumiskan bahan-bahan yang dikisar.
2) Masukkan cili giling beserta air asam jawa. Kemudian masukkan ikan pari.
3) Tambahkan air jika perlu.
4) Masukkan garam dan penambah perisa secukup rasa.
5) Tunggu sehingga ikan pari masak.
6) Padam api. Sedia untuk dihidangkan.

Tom Yam Mudah & Ringkas

Saiz hidangan : 4 orang
Bahan-bahan :
1) 2 sudu besar pes tomyam (sebarang jenama, disyorkan - Adabi)
2) 3 batang serai
3) 500 gram ayam/boneless chicken/dipotong dadu
4) 5 ekor sotong
5) 300 gram daging (yang telah dipotong)
6) 1 camca garam halus
7) Sedikit halia
8) Daun limau purut
9) 1-2 keping asam keping
10) Sedikit cili padi
11) Sebiji bawang besar
12) Bunga kobis, mini jagung, lobak merah (optional)
13) 2 biji tomato

Cara-caranya :
1) Rebus ayam. sotong dan daging terlebih dahulu. Tumbuk serai di bahagian hujungnya dan masukkan bersama ke dalam periuk. Masukkan halia. Tunggu sehingga ayam dan daging masak.
2) Perlahankan api, masukkan 2 sudu pes tomyam. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
3) Masukkan asam keping. 1 keping pun memadai bergantung pada saiz asam tersebut. Dikhuatiri jika berlebihan asam keping akan merosakkan rasa tomyam.
4) Masukkan cili padi secukup rasa. Hiris bawang besar dan masukkan ke dalam sebatian. Kemudian masukkan daun limau purut. Anda boleh masukkan bahan-bahan optional seperti bunga kobis, mini jagung dan lobak merah bersama.
5) Apabila hampir siap, potong beberapa biji tomato dan masukkan ke dalam periuk. Tunggu beberapa minit dan jangan biarkan terlalu lama mendidih kerana tomato akan mudah layu. Nota : tomato juga adalah penyumbang rasa masam tomyam dan menjadikannya lebih sedap.
6) Padamkan api dapur. Sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, January 6, 2010

Bebola Tauhu Ayam

Bahan-bahan ( 4 orang )

    * 1 keping dada ayam
    * 280g tauhu
    * 1 sudu kecil serbuk lada sulah
    * 1 sudu kecil serbuk lada
    * 3 tangkai daun sup
    * 1 biji telur ayam
    * garam secukup rasa
    * sedikit gula

Cara-cara

   1. Cincang isi ayam
   2. Lecek tauhu dengan garfu
   3. Potong halus daun sup
   4. Gaul semua bahan-bahan diatas dengan isi ayam, tauhu dan juga daun sup
   5. Kemudian goreng dalam minyak penuh seperti goreng cekodok

Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan ( 2 org mkn )

    * santan kelapa dari kotak kecik(ambik setengah sahaja
    * bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
    * bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
    * cili padi 12 biji (ditumbuk)
    * sekeping asam keping
    * sebatang serai (dititik)
    * setengah sudu kecik serbuk kunyit
    * ayam 6 ketul

Cara-cara

   1. campurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau (jgn letak atas api lagi)
   2. masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, asam keping, serai, kunyit dan ayam. kacau sehingga serbuk kunyit tidak berketul.
   3. kemudian letak periuk di atas api yg paling kecil dan kacau.
   4. kacau sehingga mendidih dan siap utk dihidangkan.

Kari Daging

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

    * 1 ½ kg daging
    * 125 ml minyak
    * 5 labu bawang – di cincang halus
    * 12 ulas bawang putih – di cincang halus
    * 2 kuntum bunga lawang
    * 2.5 cm kulit kayu manis
    * 4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
    * 4 tangkai daun kari
    * 70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
    * 1liter santan cair
    * 500 ml santan pekat
    * 3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
    * garam secukupnya

Cara-cara

   1. Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
   2. Panaskan minyak di dalam periuk.
   3. Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
   4. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
   5. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
   6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
   7. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
   8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
   9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.

Disclaimer

sayang kata it's a pre-requisite to become his wife. kena tahu masak sebab dia suka makan kat rumah. so, i just thought it would be great if i could compile all the "nampak cam sedap" resipi from all over the internet.

PLEASE TAKE NOTE:
it is for my personal collection yah. none of it are my original recipes unless stated otherwise ...

haiyahhh!