Followers

Cari resepi di blog ini.

Tuesday, July 27, 2010

Murtabak Maggi


Basic resepi dapat from internet but my very own version.

2 paket maggi perisa kari.
3 biji telur (mine is telur size jumbo, kalau telur size biasa maybe perlukan 4 biji)
Bawang merah
Cili merah
Sebatang sosej (kalau guna minced beef lagi sodap but i dun hv it) - dicincang.
Sekeping cheese (optional)

1. Memula celur mi maggi.
2. Pecah and pukul telur. Masukkan bawang, cili merah and sausage yang telah dicincang. Masukkan serbuk kari dari paket maggi. (masukkan 2 peket).
3. Toskan mi maggi and masukkan dalam bahan campuran telur.
4. Panaskan minyak dalam frying pan.
5. Tuang ke bahan ke dalam frying pan.
6. Biarkan sehingga masak - garing.

Sedia untuk dimakan. :)

Tuesday, July 20, 2010

Ayam bersos buttered cheese.



*Bahan untuk goreng ayam
Telor ayam
Tepung serbaguna

*Bahan untuk sos butter
Butter
Susu cair
Cheese (optional)
Cili padi (dihiris)
Daun kari - oleh kerana tukang masak takde daun kari, maka dia ganti ngan serbuk kari. Hehehe.
Tepung jagung (satu sudu) - utk kasi pekat
Lada sulah - satu sudu teh.

1. Celup ayam with telor. Then lekatkan (ahh? haha) dengan tepung. Goreng sampai masak. Toskan.
2. Panaskan butter. Gunakan api yang kecil. Tumis kejap lada sulah.
3. Masukkan susu. Masukkan sedikit air.
4. Dah didih, masukkan cheese.
5. Masukkan cili api + daun kari (serbuk kari)
6. Masukkan tepong jagung utk kasi pekat.
7. Masukkan garam + gula (sikit)

Tuang sos atas ayam. Siap untuk dimakan.

Sebenarnya lagi sedap kalau bubuh jus lemon. Tapi malangnya, i dun have lemon. Huhuhuu.

Cucur Tumis Belacan



Ni resepi bonda. Simple dish untuk kami sekeluarga yang suka makan pedas-pedas. Heh.

*Bahan bikin cucur (jemput-jemput)*
Tepung gandum
Bawang dihiris
Ikan bilis (optional)
Sedikit garam
- Bancuh semua ni dalam air dan kemudian goreng seperti biasa. Toskan.
- Gunting cucur kepada bahagian2 yang lebih kecil.

*Bahan menumis
Minyak masak
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi/api
Belacan
Ikan bilis
- Tumis bahan2 ni semua. Bila dah naik bau, masukkan cucur yang telah digunting itu tadi.
- Gaulkan sehingga rata dan sedia hidang untuk dimakan.

Thursday, January 28, 2010

Nasi Tomato

Bahan-bahan
1 cupak beras siam yang baik
2 camca besar minyak sapi
1/2 tin mentega
1/2 lb atau 1 tin kecil susu cair cap Peladang (masih adakah lagi susu cap ini?)
1/4 botol tomato botol buatan Amerika atau Libya (mungkin tomato sos)
3 inci panjangnya halia sebesar ibu tangan
1/2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2 inci panjangnya kulit kayu manis
3 pelepah daun saderi
1 botol kecil air mawar yang baik
1 camca teh aji-no-moto
garam secukup rasa
Cara membuatnya
1) Basuh beras bersih-bersih.
2) Hiris bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
3) Tumbuk halia sehingga lumat dan ambil perahan airnya sahaja.
4) Jerangkan periok, masukkan minyak sapi, setelah pijar masukkan mentega dan kacau rata. Tumis hirisan bawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis dan garam dan kacau rata.
5) Apabila bahan tumisan layu, masukkan air halia dan secupak air. Kemudian masukkan susu, aji-no-moto dan daun sadri dan biarkan mendidih.
6) Setelah mendidih masukkan tomato dan kacau rata, kemudian masukkan beras dan biarkan ia mendidih. Apabila nasi tersebut hampir kering masukkan air mawar, kacau rata kemudian ditutup periok. Biarkan selama 20 minit. Buka penutup, karis (kacau) nasi kemudian biarkan ia masak dan kering.

Wednesday, January 27, 2010

Masak Lemak Labu

Bahan-bahan ( 4 org makan )

1/2 biji labu - dikupas kulitnya dan dipotong kpd saiz yg sesuai (jgn terlalu kecik)
1/2 biji bawang besar - dimayang
1 biji cili merah - ditumbuk kasar
2 sudu besar ikan bilis (ditumbuk), boleh ganti dgn udang kering tp xpayah tumbuk
santan (kalau cair letak 1 cawan, kalau pekat letak 1/2 cawan)
garam secukup rasa
air secukupnya
sayur bayam/soo hoon

Cara-cara

Letakkan labu yg telah dipotong dgn bawang merah, cili dan ikan bilis ke dalam periuk.
Tambahkan air sehingga menenggelami labu. Kemudian, buka api.
Biar sampai labu menjadi agak lembut (cucuk dgn garfu).
Masukkan santan, garam secukup rasa. Tambahkan air jika mahu lebih kuah. Biarkan sehingga mendidih dan santan masak.
Akhir sekali, masukkan soo hoon atau bayam. Biar sekejap saja supaya tak terlampau lembik. Hidangkan.

Friday, January 22, 2010

Kuih Keria

Bahan-bahan ( 20 biji saiz comel2 )

    * 500gm ubi keledek putih
    * 1 cawan tepung gandum
    * Sedikit garam
    * 3 sudu besar gula dan sedikit air

Cara-cara

   1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
   2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
   3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
   4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
   5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
   6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
   7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
   8. Didihkan gula hingga pekat.
   9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  10. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  11. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  12. Jom kita makan.

Thursday, January 21, 2010

Apam Belanda



BAHAN-BAHAN:

250 ml susu cair
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
40 gm gula halus
Secubit garam
1 sudu kecil yis
2 biji telur
60 gm mentega (cair)

BAHAN ISIAN:
Cip coklat

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata (kecuali susu dan telur).
2. Kosongkan bahagian tengahnya dan tuangkan susu dan pecahkan telur.
3. Uli rata hingga sebati. Rehat­kan doh selama sejam. Tutup dengan kain.
4. Kemudian tuangkan mentega cair dan uli rata semula.
5. Panaskan cetakan (kuih cara ataupun baulu) dengan mentega.
6. Sudukan adunan dan isikan cip coklat ataupun apa saja isian kegemaran anda.
7. Tuang sedikit lagi adunan agar ia menutupi isiannya.
8. Bakar dalam ketuhar atau bakar atas api seperti membakar kuih cara.
9. Bila ia mengembang dan kuning, angkat.

Disclaimer

sayang kata it's a pre-requisite to become his wife. kena tahu masak sebab dia suka makan kat rumah. so, i just thought it would be great if i could compile all the "nampak cam sedap" resipi from all over the internet.

PLEASE TAKE NOTE:
it is for my personal collection yah. none of it are my original recipes unless stated otherwise ...

haiyahhh!