Followers

Cari resepi di blog ini.

Friday, August 10, 2012

Edisi Raya : Ketupat Daun Palas



Bahan-Bahan:
2 kg beras pulut - rendam 6 jam
2 tin santan - 800ml
1 sb rata garam
daun palas secukupnya


Cara Membuatnya:
  • kukus pulut separuh masak (-+ 10min). masukkan pulut yg separuh masak dlm bekas besar. masukkan 1 tin santan yg dicampur dgn garam. kacau serata. biarkan 10 min.
  • kukus lagi beras tadi hingga masak. masukkan pulut yg dah masak dlm bekas besar. masukkan lebihan santan. biarkan hingga suam. dan boleh bungkus.
  • bila semua siap di bungkus. kukus lagi ketupat tadi selama 30 min.
  • siap untuk dihidang atau simpan dalam freezer.


Thursday, August 9, 2012

Edisi Raya : Rendang Daging

Sempena nak raya ni, kita selit resepi wajib hari raya:


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa


****BAHAN KISAR**

  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering


***BAHAN MAYANG ***

  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit


Cara-cara


  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.
RESEPI INI DIKOPIPES SAHAJA.

Wednesday, May 30, 2012

Nasi Goreng Sardin

Semalam bikin nasi goreng sardin. Memang sodap! Eh .. puji masakan sendiri pula. Hihihihi. 


Tau sebab apa aku kata sedap? Sebab encik suami tu makan bertambah. Selalunya kalau tak sedap tu dia diam aje pastu dia abiskan yang dalam pinggan then dia blah. Haaaa kesian kan?


Tak sempat nak amik gambar.... dah licin. Makan panas-panas memang nikmat. :D


Resepi adalah seperti berikut:

NASI GORENG SARDIN (UNTUK DUA PINGGAN)

BAHAN2NYA
Nasi putih (anggaran dua pinggan)
Cili api (ikut kepedasan)
2 labu bawang besar (dipotong bulat)
2 ekor/ketul sardin
sejemput ikan bilis
sedikit belacan

CARA:
Cili api ditumbuk halus bersama belacan. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang yang telah dihiris bulat2. Apabila bawang sudah sedikit layu, masukkan bahan tumbuk dan goreng sampai garing. Kemudian bubuh sedikit garam, gaul. Masukkan nasi dan gaul sampai rata dengan  bahan2. Pastu masukkan sardin yang telah dipecah2. Jangan pecah telalu halus sebab nanti apabila dimasukkan ke dalam nasi, akan menjadi hancur terus.
Goreng seketika hingga naik wap, rasa dan padam api. 

Anyway, aku goreng dulu sardin tu. Bila dah agak-agak cam kering rangup skit kulit dia, aku pun angkat. Minyak lebihan goreng sardin tulah aku guna buat menumis gitu. Dan aku tak guna ikan bilis lak. Aku lupa. Hihihi. Lagi satu aku added sikit halia aku tumbuk lumat sekali ngan bahan tumbuk-tumbuk tu... Camtu lah.

Resepi asal aku amik dari belog ni: 

Selamat mencuba. ^__^


Wednesday, May 16, 2012

Cendawan Goreng Tepung

Ni basic untuk segala jenis bahan yang goreng tepung:
Tepung gandum
+ bahan tambahan:
Cili powder
Serbuk kari
Garam
Lada sulah/lada hitam
Telur (dipukul sampai kembang)
Cendawan kita guna jenis oyster.

Celup cendawan dalam telur kemudian golek-golek kat campuran tepung tu tadi. Kemudian masuk goreng kat minyak yang dah panas kat kuali tu.

Nilah hasilnya:

Monday, January 30, 2012

Pavlova

Tak pernah makan pavlova pun ... tapi sebab pavlova ni nampak sungguh cantik dan menarik, terus rasa teringin nak buat. Bahan-bahan dia memang a bit mahal esp fresh fruits dia tu lah...
Ahad lepas by hook or by crook, bangun pagi terus bikin pavlova ikut resepi ni.
Tapi... aku tak guna cocoa powder tu..... takmo rasa coklat. Hihihi...

Ingredients

For the Pavlova

4 egg whites
¾ cup granulated sugar
2 teaspoons cornstarch
1 teaspoon white vinegar
½ teaspoon vanilla extract
 

For the Assembly
1 cup Cool Whip (or whipped cream)
1 tablespoon cocoa powder
1 pint raspberries

Method

Preheat the oven to 350.

Line a baking sheet with parchment. Draw an 8 inch round in the center of the parchment using a cake tin. Set aside.

Whisk the egg whites until they are satiny white. Gradually add the sugar while the whites are still whisking until you have a smooth, glossy mixture. Sift in the cornstarch, pour in the vinegar and vanilla extract, then gently fold everything until well incorporated.

Carefully mound the egg whites into the 8 inch round on your parchment. It doesn’t have to be perfect but smooth everything out as best as you can. Place the baking sheet into the oven then immediately turn the oven down to 300.

Bake for about 30 minutes. The pavlova is done when the edges are crisp and lightly browned, the top is dry but it still feels spongy beneath.

Turn off the oven, open the door slightly and leave to cool completely.

To assemble, whisk together the cream and cocoa powder. Dollop onto the center of the meringue and smooth to the edges. Place the raspberries on top, however you please.



Hasilnya.....


Amacam? Cantik tak pavlova guwe?? ^_^ 

Cantik macam orangnya jugak..... Eh! 


Tuesday, November 15, 2011

Bihun goreng janji sedap :p

 Nampak sedap tak bihun goreng aku ni? Haaa..... sedap tak sedap belakang kira. Ni resepi aku main tabur-tabur je. Hihihi.
Bahan-bahan
Bihun brand Jasmine - setengah pek
Cili kering diblend (2 sudu besar)
Sos tiram (2 sudu besar)
Serbuk lada hitam (1 susu kecil)
Daging ayam cincang (ikut suka)
Taugeh sikit
Sawi sikit
Telur ayam sebiji
Daun bawang as garnishing

Cara-cara:
1. Goreng daging ayam (fishbal dan sebagainya). Dah masak sikit, masukkan cili boh tu. Tumis sekejap, masukkan sos tiram pulak.
2. Masukkan sedikit air (satu cawan). Biar sampai air mendidih. Masukkan serbuk lada hitam (aku senang guna black pepper maggi je). Masukkan telur and pukul dalam kuali.
3. Sementara telur macam setengah masak, masukkan bihun (jangan lupa rendam bihun tu dalam air dulu lepas tu toskan) Pastu gaulkan bihun tu sampai sebati.
4. Masukkan sayur-sayuran. Gaul dan gaul sampailah meresap semuanya ke dalam bihun. 

Dah siap, hidangkan!

Aku tak bubuh garam sebab sos tiram tu dah cukup masin dah. :)

Wednesday, October 12, 2011

Mashed Potatoes @ Kentang Putar

Bahan-bahannya:
8 - 10 biji kentang (Kupas kulit) dan potong dua
250gm butter
1 kotak kecil susu segar
serbuk lada hitam (ditumbuk halus)
serbuk lada sulah

Cara-caranya
1. Kentang di kupas dan di potong lebih kurang sama saiz. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan air yang cukup-cukup menutup kentang. Rebus dlm 20minit.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan leyek (butter tu ikut suka, nak letak lebih ke atau sikit..terpulang pada anda)
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyek lagi hingga rata. (susu ni pun letak ikut sesedap rasa..masuk sikit demi sekit) Susu akan buat mashed potatoes lebih gebu dan lemak.


Gravy @ Sos
Bahan-bahannya:
1 labu bawang besar.
2 ulas bawang putih (ketuk dan chopped)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung
2 cube ayam maggie
lada hitam/sulah
2 cawan air

Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali. Tumis bawang. Biarkan dia caramelized. Kasi hangus-hangus sket.
2. Masukkan tepung jagung. Tumis sampai tepung warna coklat. Atau sampai warna gravy yang dikehendaki.
3. Masukkan air. Kacau sampai rata .
4. Pecahkan cube ayam tadi dan masukkan dalam kuah. Masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat. Tambah air.
6. Kacau rata. Tutup api. Masukkan kuah dalam blender. Blender sampai tak berketul. Hidangkan bersama mashed potatoes.

Resepi cedok dari sini.

Disclaimer

sayang kata it's a pre-requisite to become his wife. kena tahu masak sebab dia suka makan kat rumah. so, i just thought it would be great if i could compile all the "nampak cam sedap" resipi from all over the internet.

PLEASE TAKE NOTE:
it is for my personal collection yah. none of it are my original recipes unless stated otherwise ...

haiyahhh!