Followers

Cari resepi di blog ini.

Loading...

Monday, February 2, 2009

Ketam Goreng Telur Masin

Pc190115

Resipi ini cukup ringkas tapi soooo lazat :D

Bahan-bahan ( Untuk 2/3 orang )
  • - 3 ekor ketam bunga (yang besar)
  • - 5 biji kuning telur masin
  • - 5/6 batang cili padi (dihiris halus)
  • - 2 tangkai daun kari (tarik dari tangkainya)
  • - 2 sudu makan mentega
  • - 3 sudu makan susu cair
  • - 2 sudu teh gula -
  • - garam & lada sulah secukupnya
  • - Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Kukus kuning telur masin selama 5 minit. Kemudian lecek-lecekkan kunig telur dengan sudu sampai berderai. Ketepikan.
  2. 19122008
    Gaul ketam bersama tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga ketam bertukar warna. Angkat ketam yang dah digoreng dan ketepikan.
  3. Di kuali yang bersih, masukkan mentega dan goreng cili padi & daun kari hingga wangi.
  4. Masukkan kuning telur masin yang dah dilecek kedalam kuali. Gaul hinnga sebati bersama cili padi dan daun kari tadi.
  5. Bubuhkan sedikit garam, gula, lada sulah dan susu cair. Gaul dan akhir sekali masukkan ketam yang dah digoreng tadi.
  6. Apalagi...attack la ketam tu. Gerenti jilat jari.
Bersihkan ketam and potong empat. Toskan.

No comments:

Disclaimer

sayang kata it's a pre-requisite to become his wife. kena tahu masak sebab dia suka makan kat rumah. so, i just thought it would be great if i could compile all the "nampak cam sedap" resipi from all over the internet.

PLEASE TAKE NOTE:
it is for my personal collection yah. none of it are my original recipes unless stated otherwise ...

haiyahhh!