Followers

Cari resepi di blog ini.

Thursday, September 8, 2011

Sotong Goreng Telur Masin

Bahan-Bahan
  • 5 ekor sotong putih
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit daun kari
  • 5 biji Cili Padi
  • Sedikit susu cair
  • 1 biji telur
  • Sedikit Tepung Goreng Serbaguna
  • Mentega
  • 2 biji Telur Masin (kuningnya sahaja)
  • Garam/Lada sulah

Cara-Cara

  •     Basuh sotong bersih-bersih dan potong ikut suka hati. Aku potong keping-keping lebar. Bukan bulat-bulat ring tu tau.
  •     Rebus sotong dengan sedikit air sehingga lebih kurang empuk. Toskan dan ketepikan.
  •     Cincang 2 ulas bawang putih dan potong 5 biji cili padi tadi kecil-kecil
  •     Daun kari jangan lupa dileraikan dari batangnya.
  •     Sotong tadi dicelup kedalam bancuhan telur dan digolek-golekkan di atas tepung goreng serbaguna.
  •     Deep Fry kan sotong tersebut untuk menjamin kerangupan. Aku takde deep fryer jadi guna periuk sudah.
  •     Dah siap sila letak tepi.
  •     Now, ambil 2 biji kunig telur masin dan kukus selama 5 minit. Lepas itu, lenyek-lenyekkan.
  •     Panaskan kuali, masukkan sedikit mentega.
  •     Tumis bawang putih, cili api dan daun kari sampai sakit hidung dan tersedak.
  •     Masukkan kuning telur masin,garam sedikit,lada sulah.
  •     Kacau hingga sebati dan masukkan 2 sudu besar susu cair.
  •     Tunggu sehingga mendidih dan agak berbuih, masukkan sotong yang dah digoreng tadi.
  •     Kacau sehingga rata dan siap untuk dihidangkan.
  •     Jangan lupa kemas dapur ye....

Resepi amik from sini
^_^

Disclaimer

sayang kata it's a pre-requisite to become his wife. kena tahu masak sebab dia suka makan kat rumah. so, i just thought it would be great if i could compile all the "nampak cam sedap" resipi from all over the internet.

PLEASE TAKE NOTE:
it is for my personal collection yah. none of it are my original recipes unless stated otherwise ...

haiyahhh!