Followers

Cari resepi di blog ini.

Wednesday, August 21, 2013

Cucur Udang with Kuah Kacang.

Bahan-bahan

Udang kertas (bersihkan buang kepala & janggut)
Taugeh RM0.50
Daun kucai (di potong panjang) RM 0.50
1 biji putih telur
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil cuka
Tepung gandum (ikut keperluan)
Secubit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya (air suam)

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Masukkan semua bahan2 dalam bekas dan gaul sebati sampai tepung menyaluti semua bahan-bahan.
Masukkan air sedikit demi sedikit, bancuh sampai adunan menjadi likat. Jangan terlalu cair. Rasa garam kalau x cukup tambah dan baru lah digoreng.
Panaskan minyak, bila minyak agak panas masukkan sesudu bancuhan dalam kuali. Goreng hingga kekuningan.
Klu suka bole sajikan dgn tauhu goreng, kentang goreng, telor rebus dan timun.


KUAH KACANG

200 grm kacang tanah (grg dgn minyak hingga garing)
15 tangkai cili kering dipotong dan basuh buang biji grg bersama dengan 5 ulas  bawng kecil dan 5 ulas bawang putih bersama 3 sudu besar minyak..goreng hingga wangi
Air asam jawa, garam gula dan serbuk perasa

Masukkan semua bahan dan blander hingga hancur. Campurkan air asam jawa garam gula dan serbuk perasa. Bila nak makan tabur dgn bawang goreng.


Resepi dapat from my beloved wedding planner, kak nida. <3 p="">

No comments:

Disclaimer

sayang kata it's a pre-requisite to become his wife. kena tahu masak sebab dia suka makan kat rumah. so, i just thought it would be great if i could compile all the "nampak cam sedap" resipi from all over the internet.

PLEASE TAKE NOTE:
it is for my personal collection yah. none of it are my original recipes unless stated otherwise ...

haiyahhh!