Followers

Cari resepi di blog ini.

Tuesday, February 19, 2013

Nasi Mak Hayam

Tuari buat nasi ayam. Bukannya pandai sangat pun buat nasi ayam ni tapi main belasah je.

Bahan untuk nasi
beras (2 1/2 cawan)
butter/marjerin (1 sudu besar)
bawang merah (3 ulas)
bawang putih (2 ulas)
halia (1 inci)
serbuk kayu manis (1/2 sudu kecil)
kiub pati ayam (1 kiub)

Cara:
Panaskan butter/marjerin. Tumis bawang merah, bawang putih sampai naik bau. Masukkan halia. Masukkan serbuk kayu manis. Masukkan beras yang telah dicuci and yang ditoskan. Goreng goreng goreng ngan bahan yang ditumis tadi tu. Sampai beras berkilat. Lepas tu masukkan air. Masukkan kiub ayam. Agak-agak kiub ayam dah sebati tu, tutup lah penutup rice cooker tu and biar nasi masak sendiri. Hihihihi.

*ni semua masak dalam rice cooker*

Yang lain tu aku buat instant je.

Bahan untuk sup
Tumis bawang merah, bawang putih and halia skit. Letak serbuk lada hitam and lada putih skit. Bubuh air, 3 gelas, bubuh kiub ayam seketul.

Bahan untuk perap ayam
Ayam ni aku bakar, aku tak goreng.
Ayam bahagian thigh and drumstick.
kicap pekat
sos tiram
serbuk lada
kicap manis
serbuk jintan manis
serbuk lada sulah
bawang merah
minyak bijan
cuka skit
*sukatan aku main hantamlah labuuuu. hehehe
aku bakar ayam, tunggang terbalikkan je dalam oven tu dalam masa approx 45min.

Bahan untuk sos kicap
Sup tadi tuuu + kicap pekat

Bahan untuk sos cili
Sebab tuari tersalah beli cili sos jenama life tapi perisa pedas, so aku amik sup + cili sos tu tadi. Menjadi gak. Heheheh.

Tu jelah. Nasi mak hayam aku. Lol.

Wednesday, September 19, 2012

Nasi Goreng USA

Kita save resepi Nasi Goreng USA ni kat sini. ^_^


Bahan nasi:
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu (blh guna mix veg)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan nasi:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan lobak merah(mix veg), gaul rata.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.

Daging masak merah:
300gm daging ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 biji capsicum ~ dihiris
1 biji tomato ~ dipotong 6
1 sudu cili kisar
2 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan daging:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
3. Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya.
5. Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun.

Resepi is from here: http://resepiraidah.blogspot.com/

Tuesday, August 14, 2012

Baked Macaroni


Resepi ni dapat from kawan blogger: Siti Nur namanya.... ni pun gambar masakan dia. Kite tempek je kat sini for future reference. :p

Ingredients:
- 250 gr macaroni pipe or coil form. Boil as instruct
ion on packet just until 3/4 cooked. Set aside
Red Sauce:
- 1 carrot. diced or shape match
- 200 gr ground meat
- 1 medium onion. finely chopped
- 3 cloves of garlic. Finely chopped
- 1 large tomato fruit. skin peeled and finely chopped
- 1 tablespoon tomato paste. Dissolve a half cup water / broth(Siti replaca sos pasta ½ cawan..lagi trasa kewesternannya..hihi)
- Dried basil 1 / 2 tbsp.(Siti xbuh pun)
- Sugar, salt and pepper to taste.
- 1 1 / 2 tablespoons butter for sauteing.
White Sauce:
- 1 1 / 2 cup whole milk
- Two eggs.
- 2 tablespoons bread crumbs
- Salt and pepper to taste.

- Mozzarella Cheese or cheddar (or any kind of topping cheese you like)

Direction:
Red sauce
1) Heat butter and saute the ground meat until brown. Add the garlic and onion, saute until wilted and fragrant. Add tomatoes, stirring until tomato is wilted.
2) Put carrots and cook until carrots are tender. Add dissolved tomato paste. Stir well. Seasoning with sugar, salt and pepper. Do taste test. Add dried basil leaves, stir and turn off the heat. Set aside
White sauce.
1) Beat eggs until loose, add milk, salt and pepper and bread crumbs. Stir until blended.

Pre heat oven at 160 deg C. Layered heat-resistant baking dish with butter. Arrange the macaroni, and put red sauce, pour with white sauce then sprinkle with cheese. Do the same up to three layers and all ingredients finish. Bake in oven 160 deg C until cooked (approximately 45 min)

Serve warm with chili sauce or tomato sauce

Friday, August 10, 2012

Edisi Raya : Ketupat Daun Palas



Bahan-Bahan:
2 kg beras pulut - rendam 6 jam
2 tin santan - 800ml
1 sb rata garam
daun palas secukupnya


Cara Membuatnya:
  • kukus pulut separuh masak (-+ 10min). masukkan pulut yg separuh masak dlm bekas besar. masukkan 1 tin santan yg dicampur dgn garam. kacau serata. biarkan 10 min.
  • kukus lagi beras tadi hingga masak. masukkan pulut yg dah masak dlm bekas besar. masukkan lebihan santan. biarkan hingga suam. dan boleh bungkus.
  • bila semua siap di bungkus. kukus lagi ketupat tadi selama 30 min.
  • siap untuk dihidang atau simpan dalam freezer.


Thursday, August 9, 2012

Edisi Raya : Rendang Daging

Sempena nak raya ni, kita selit resepi wajib hari raya:


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa


****BAHAN KISAR**

  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering


***BAHAN MAYANG ***

  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit


Cara-cara


  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.
RESEPI INI DIKOPIPES SAHAJA.

Wednesday, May 30, 2012

Nasi Goreng Sardin

Semalam bikin nasi goreng sardin. Memang sodap! Eh .. puji masakan sendiri pula. Hihihihi. 


Tau sebab apa aku kata sedap? Sebab encik suami tu makan bertambah. Selalunya kalau tak sedap tu dia diam aje pastu dia abiskan yang dalam pinggan then dia blah. Haaaa kesian kan?


Tak sempat nak amik gambar.... dah licin. Makan panas-panas memang nikmat. :D


Resepi adalah seperti berikut:

NASI GORENG SARDIN (UNTUK DUA PINGGAN)

BAHAN2NYA
Nasi putih (anggaran dua pinggan)
Cili api (ikut kepedasan)
2 labu bawang besar (dipotong bulat)
2 ekor/ketul sardin
sejemput ikan bilis
sedikit belacan

CARA:
Cili api ditumbuk halus bersama belacan. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang yang telah dihiris bulat2. Apabila bawang sudah sedikit layu, masukkan bahan tumbuk dan goreng sampai garing. Kemudian bubuh sedikit garam, gaul. Masukkan nasi dan gaul sampai rata dengan  bahan2. Pastu masukkan sardin yang telah dipecah2. Jangan pecah telalu halus sebab nanti apabila dimasukkan ke dalam nasi, akan menjadi hancur terus.
Goreng seketika hingga naik wap, rasa dan padam api. 

Anyway, aku goreng dulu sardin tu. Bila dah agak-agak cam kering rangup skit kulit dia, aku pun angkat. Minyak lebihan goreng sardin tulah aku guna buat menumis gitu. Dan aku tak guna ikan bilis lak. Aku lupa. Hihihi. Lagi satu aku added sikit halia aku tumbuk lumat sekali ngan bahan tumbuk-tumbuk tu... Camtu lah.

Resepi asal aku amik dari belog ni: 

Selamat mencuba. ^__^


Wednesday, May 16, 2012

Cendawan Goreng Tepung

Ni basic untuk segala jenis bahan yang goreng tepung:
Tepung gandum
+ bahan tambahan:
Cili powder
Serbuk kari
Garam
Lada sulah/lada hitam
Telur (dipukul sampai kembang)
Cendawan kita guna jenis oyster.

Celup cendawan dalam telur kemudian golek-golek kat campuran tepung tu tadi. Kemudian masuk goreng kat minyak yang dah panas kat kuali tu.

Nilah hasilnya:

Disclaimer

sayang kata it's a pre-requisite to become his wife. kena tahu masak sebab dia suka makan kat rumah. so, i just thought it would be great if i could compile all the "nampak cam sedap" resipi from all over the internet.

PLEASE TAKE NOTE:
it is for my personal collection yah. none of it are my original recipes unless stated otherwise ...

haiyahhh!