Followers

Cari resepi di blog ini.

Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Telur dadar.

Hari ni aku nak ajar korang camne untuk mendapatkan hasil delur dadar yang lagi gebu dan harum ikut suka hati aku. Siap cam rangup-rangup. Haaaa gitu. xD

2 biji telur ayam (telur buaya takmo!)
2 ulas bawang kecil dihiris halus
Seketul cili besar ikut warna kegemaran korang
Sedikit air - dalam 3 sudu besar gitu. <----- inilah petuanya.
Sedikit garam

Pukul lah telur tu sampai va va va berbuih ....
Pastikan minyak masak tu banyak and panas. Oi. Janganlah sampai nak deep fried pulak kan. Gilo ke apo.

Goreng la. Macam la tak pandai nak goreng telur dadar. Haihhh korang ni.

Dah tu angkat and makan. Makan. Makan. Tak cukup? Goreng la lagi. Ok?

xD

Monday, January 18, 2010

Telur Bungkus

Bahan-bahan:
5 biji telur
200 gm daging lembu - direbus & di cincang (alternatively guna boneless chicken meat - tak perlu rebus)
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - di cincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang
1 sudu besar rempah ikan/nampla sauce/oyster sauce
2 sudu besar sup tomato (dimaksudkan di sini adalah sup as in sup dlm tin tu)
Sedikit garam & gula
Kalau suka pedas, guna cili padi, cincang halus.

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih, dan halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang.
2. Kemudian tambahkan sup tomato, garam dan perasa.
3. Akhir sekali masukkan sayuran campur (dan cili padi, kalau gunakan).
4. Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat.
5. Pukul telur hingga kembang.
6. Panaskan kuali dan goreng seperti membuat telur dadar.
7. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya di tengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar.
8. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur habis. Kalau ada kuali yang sangat lebar, buat sekali sahaja.

Disclaimer

sayang kata it's a pre-requisite to become his wife. kena tahu masak sebab dia suka makan kat rumah. so, i just thought it would be great if i could compile all the "nampak cam sedap" resipi from all over the internet.

PLEASE TAKE NOTE:
it is for my personal collection yah. none of it are my original recipes unless stated otherwise ...

haiyahhh!